Parang puaka part 2
Okay da sampai klinik ayah aku mintk tolong orng bawakkan aku ke tmpt kecemasan, ayah aku cepat2 blah sebab nak amek mak aku kat ladang. Masuk je dalam klinik darah aku mmg bykla bertaburan kat atas lantai, kesian depa nak kena lap. Malangnya doktor xdak, so ade 3 orang nurse tolong aku, 2 lelaki satu perempuan. 3 orang nurse ni mmg bkn nak kutuk tp mmg ampeh betol. depa xtau nak watpa tgk keadaan aku camtu. Bukak ja tuala yg balut kaki aku, darah memancut tahap gaban, sampaikan stokin aku yang dah terbelah dua tu sampai boleh menakung darah aku. Nurse2 ni balut balik kaki aku ngan bandage tp xberhasil sbb darh mmg byk gila meleleh. 3 kali di bukak pastu balut balik tp tetap meleleh jgk darah.
Last2, nurse ni cuba nak tutup urat yang menyebabkan darah memancut. Dia cuba kepit guna ape ntah yg menyebabkan aku mmg sakit yg teramat sgt. Tgk aku yg sgt2 xleh tahan depa semua amek keputusan bawak aku ke hospital Temerloh utk tindakan lanjut. Tp sebelum bawak ke hospital aku mesti kena ada IC, malangnya aku mana bawak IC p ladang, so kena tggu kakak aku dtg ke klinik bawak IC aku. Sampai ja kakak aku ngan IC cepat2 depa bawak aku ke hospital ngan ambulan. Mak, ayah ngan kakak aku pergi sendiri naek kereta. So aku ngan 2 org nurse je yg naek ambulan tu. Dlm ambulan, aku dahla kena baring je atas katil dan dgn penatnya aku pon rasa nak terrtidur. Mana taknya perjalanan memakan masa 45 minit nk sampai hospital, tapi sorang nurse lelaki ni marah aku "JGN TIDUR!" Huhu sadis giler, aku pon bukak jela mata tgk langit sampai tiba kat hospital.
Sampai ja hospital, cepat2 derang bawak aku ke wad kecemasan. Masa on the way tu aku dapt dgr orang2 kat situ bisik2 "ish accident nih!" Haha lantakla korang nak kata apa. Masuk wad kecemasan cepat2 doktor ngan nurse2 take over. Mmg cekap betol derang nih, berbeza dgn masa aku kat klinik...huhu. Mula sorang doktor ppuan ja tgk aku pastu dtg lg sorang doktor lelaki join sekali. Mcm2 la derang tny aku, mcm mana kena semua. Aku pon story la...Doktor ppuan tu ckp "Buang jela parang tu! Dah 2 kali kena!" (Kalo ikotkan mmg aku nk buang tp ayah aku suka parang tu . dia xbuang pon n guna lg smpi sekarang)
Masa ni ntah apela nurse2 n doktor2 ni buat kat aku mmg saket yg teramat sgt! Aku xpeduli apa pon derang wat yg aku tau sebut nama ALLAH! ALLAH! ALLAH! 30 minit pastu doktor tu kata satu je lg, so aku igtkan dia dah jahitla tggl satu je jahitan lg. Tp ternyata semuanya dusta, luka tu belom jahit pon, cuma dia cuci jja n ikat urat2 yang putus supaya darah xmemancut lg. Huhu siot tol! Pastu doktor lelaki tu cakap aku pasni kena xray tgk2 kalo ada patah tulang n dgn yakinnya dia cakap kaki aku mmg patah. Pastu pegila xray. Lepak2 jap tggu result xray kuar. Doktor ppuan tu dtg balik kat aku n cakap Alhamdulillah xde patah, cuma arteri dan tendon je putus kena sambung balik. Fuuuhhhh Alhamdulillah lega dgr! Sebab kalo patah lg teruk kena simen plak kaki.
Skang kena p wad semntara plak, ade 3 org doktor laen jumpa aku. Depa perkenalkan diri sbg pakar tulang. derng bukak balutan kat kaki aku n masa tula br aku dpat tgk luka tu. Ya Allah mmg besar betol, sebesar mulut tgh ternganga. Doktor tu suruh aku gerakkan jari2 kaki aku. Masa ni dpt discover 2 jari kaki aku xleh bergerak sebab urat 2 jari tu putus. Pastu kena tggu kat wad biasa plak untuk buat pembedahhan sambung balik urat kaki aku. Tggu dari pukul 11pg sampai 6 ptg br aku dibawak ke wad bedah.
Masuk ja wad bedah mmg aku cuak betol, sbb ni 1st time nak kena bedah. Sorang doktor dtg n perkenalkan diri dia sbg pakar bius. Dia ckp aku akan kena bius separuh badan so dari pinggang sampai kaki aku takkan rasa sakit tp dapt rasa sentuhan.Aku kena cucuk 4 kali rasanya kat pinggang sebab nak bius ni. Pastu ada lg 5 orang doktor laen da siap sedia nak bedah aku. Alhamdulillah selepas 3 jam, selesaila derang wat pa yg patut kat aku. Apa yg aku dgr masa dlm dewan bedah, 20 jaruum jahit dalaman, 10 jarum lg jahit luaran. Xtaula betol ke tak.
Alhamdulillah semuanya selamat. Terima kaseh sgt2 kat isteri aku sebab jaga aku dgn tabah selama aku kat hospital (sehari je...hehe). Byk lg pengalaman aku kat hospital tu walaupun sehari, tp aku da penatla nak cerita. So aku rasa sampai sini jela ok. Tp sebelom tu aku nk jjelaskan sket apa yg puakanya. Em camni, Balik ja umah aku terpikir balik tempat yag aku kena parang tu, rupa2nya tempat tu tempat yg sama aku kena parang 14 tahun dulu dan parang tu pon parang yg sama! Wallahu'alam apa kaitannya....malas aku nak lebey2 korang pikirla sendiri ok!
Ni gambar lepas kaki aku dibalut ngan besi penahan kaki...