Friday, December 31, 2010

Parang puaka part 1

Salam semua,

Entry kali ni aku nak story sket pasal kaki aku yg injured terkena parang. Ceritanya bermula begini...

Khamis, 01.12.2010, lokasi di felda sebertak, kampung aku, mcm biasa pas bgn solat subuh aku lepak2 balik atas katil n layan laptop tgk 'How I met your mother'. Tak sampai 20 minit aku layan cite tu mak aku panggil, "Izzu, cepat makan, sat lg nak p ladang tolak buah!". Sbg anak yg soleh (cewah) aku pon bergegas ke dapor nak sarapan, sebenarnya aku agak malas nak ke ladang hari ni sebab badan aku mmg sakit sebab tolong susun pelepah sawit hari sebelumnya, bukan tu saja malah mata aku jgk semacam kena ketumbit. Tapi bila pikiaq balik takkan ayah aku nak p ladang sorang2 plak kan, tak mengenang budi betol!

Pas makan aku pon cepat2 pakai baju ladang n stat motor, awal2 lg ayah aku dah p ladang sendiri nek motor satu lg. So aku pon p la nek motor len n mak aku rajin plak nk ikot. Sampai kat ladang ayah aku dah stat kait buah dah, aku pon apa lg cepat2 amek kereta sorong nak tolak buah sawit. Aku cari2 parang kontot yg aku guna semalam tp rupa2nya ayah aku da ikat kat pinggang dia. Aku pon amek parang satu lg yg ada dlm raga motor ayah aku. Dalam hati aku ckp "Ala parang ni lg, fobia2" (Parang ni la yg menyebabkan aku ada parut kat tgn yg berbentuk sebijik cam lipan bara masa aku darjah 4 dulu), tp aku amek jgk parang tu dan cepat2 p tolak buah sebelom aku kena tinggal jauh ngan ayah aku.

Lepas 2 lorong pokok sawit, dalam 30 minit pastu lebey kurang, perut aku meragamla plak. Mmg siot betolla perot ni, xdak waktu len nak meragam. Aku pon apa lg cepat2 pergi cari tmpt yg strategik nak melepas, tp sebelom tu aku tny mak aku dulu ada botol atau bekas yg aku leh wat cedok air parit, tp mak aku kata xdak. Tanpa melengahkan masa aku p cari sendiri ja bekas tu. P mai p mai tang tu aku dok ulang alik cari tp xjumpa jgk, maka aku amek keputusan guna botol air yg aku bawak untuk minum. Pastu aku p dekat2 ngan parit  betol2 bawah pokok untuk melepas (huhu buruk perangai tp nk wat camna lg).

Lega betol dpt melepas...hehe. Sambung balik keja aku. Tiba2 aku terlangkah parang tu, aiseyman aku cepat2 beristighfar. 2 pokok selepas tu dgn sekuat hati aku takik tandan buah sawit, PAK! sekali xputus plak, aku hayun sekali lg PAK! mmg kompem putus dan melencong kat kaki aku. Aduh! Kena tepat kat atas kaki tp naseb baek aku pakai but, so aku cepat2 pegang kaki tu, bila aku bukak je tgn aku, memancut darah keluar, aik heran jgk aku dah pakai but pon kena kaki kat dalam ka? Tgk2 mmg gila2 but aku terputus, darah terpancut2, cepat2 aku panggil mak aku. Mak aku tny kenapa? Aku ckp kena parang! Ya Allah mak aku cepat2 lari mai kat aku. Mmg terkejutla tgk darah memancut, pastu cepat2 bukak kasut but aku dan balut kaki aku dgn tuala. Tp darah tetap meleleh jgk, mak aku amek lg satu tuala balut. Ayah aku pon cepat2 dtg tgk aku tp bila tgk darah byk ayah aku cepat2 beralih ke tempat laen. Ayah aku memang xleh tgk darah banyak nnt dia pengsan. Dia cepat2 amek moto nak bawak aku pegi klinik kesihatan Bera.

Masa nak naik moto, darah meleleh lg, mak aku pon tambah lg satu tuala balut kaki aku. Pastu terus ayah aku bawak aku p klinik tp mak aku xikot.

To be continued....


  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP