Saturday, November 21, 2009

Selamat Hari Lahir

21.11.2009
Selamat Hari Lahir tunangku Hazirah....

Umur kita dah sama! =P
Semoga semakin matang n maintain comel ok...
Umur meningkat bermakna baki hidup da makin berkurang...
Banyakkan amal ibadat dan istiqamah dalam kebaikan...
Sayang kamu sampai ke syurga...

 

20.11.2009
Selamat Hari Lahir cik Liza

Umur kita pon da sama jgk!
Tp aku still nmpk muda dr ko...haha
Semoga dapat jodoh yg betol2 sesuai cepat ye...
Papepon jari sosej ko mmg semart....hehehe =P




Terima kasih pada semua yg sudi dtg utk sambutan besday Hazz n Liza...
 







Last sekali selamat pulang cik Dayang!
Kami pon akan mengikuti jejak langkahmu lg sebulan...
Jumpa di KPLI di Malaysia nnt InshaAllah


Note: Sorila ye semua...sy  agak malas utk meng'edit' gambar kali ini...
Lgpon sy xbiasa guna laptop utk sesi editing =P

Sunday, November 1, 2009

Riba tetap riba

Salam,

Kali ni aku nak kongsi sket pasal riba. Bukannya apa, ramai sangat aku tgk xpaham, kurang paham atau buat2 xpaham pasal ni. Kenapa begitu? Riba ni bukan benda main2. Jelas2 sebut dalam byk ayat-ayat Quran:
Contoh, Surah Al-Baqarah ayat 275:

"Orang2 yg memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yg kemasukan syaitan kerana gila. Yang demikian itu kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dgn riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Barangsiapa mendapat peringatan dari Tuhannya, lalu dia berhenti, maka apa yg telah diperolehnya dahulu menjadi miliknya dan urusannya terserah kepada Allah. Barang siapa mengulanginya, maka mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya."

Aku tidaklah begitu arif pasal riba ni semua. Masa 1st year aku mula2 sampai NZ dulu pon aku ada buat saving akaun kat national bank. Memang betul jelas die state akan dapat interest untuk setiap duit yg kita simpan dalam saving. Seronok je aku bila tau macam tu. Bg aku, lg byk aku simpan duit, lg byklah aku dapat interest, pakcik kayo! Memang jahil betol aku masa tu......pikir nak dapat duit je....isk3.

Tp Alhamdulillah Allah buka hati aku untuk dapat ilmu yg sgt bermanfaat. Rakan2 dr Adelaide dtg buat penjelasan mengenai riba ni semua. Terima kasih kepada mereka menyedarkan aku bahawa simpan duit dlm saving yg mana membolehkan aku mendapat interest tu haram. Selepas tu aku tutup terus saving akaun aku. Aku bukak international akaun je....yg mmg xde interest. Aku bersyukur walaupun aku xdapat interest yg boleh menyebabkan pakcik kayo tu tp aku terhindar dr dosa riba InshaAllah.

Untuk rakan2 yg lain yg nak dapat ilmu pasal riba ni semua boleh baca lebih lanjut kat sini
http://www.zaharuddin.net/content/view/301/93/

Harap2 kita semua dapatla ilmu sket2 dr entry aku kali ni. Aku hanya sekadar ingin berkongsi dan ingat-mengingati...bukankah ini sifat yg mulia. InshaAllah sapa2 yg masuk sini dapat manfaat.

Ini gambar hiasan voucher aku dapat dr Victoria International photo comppetition hari tu...hehe tiada kaitan dgn riba ek.....=)

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP